- JBS Kelantan
- Hits: 219
KEJOHANAN BADMINTON PROTECH PERINGKAT UMUR TERTUTUP KELANTAN SIRI 1 TAHUN 2024
KELANTAN 4 Mei 2024, Persatuan Badminton Negeri Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Badminton Protech Peringkat Umur Tertutup Kelantan Siri 1 Tahun 2024. Program ini bermula pada 1 hingga 4 Mei 2024 bertempat Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kelantan.
Program ini mendapat suntikan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menggunkan Dana Sukan Komuniti (DSK) 2024. Sebanyak 7 kategori dipertandingakan yang melibatkan peserta berumur 8 hingga 14 tahun. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan En. Mohd Saipuddin bin Zakaria. Turut hadir sama Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi JBSNK Mhd Sulayman bin Subrun.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 219
