KURSUS TEAM BUILDING PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN 2025

MACHANG, 22 FEBRUARI 2025 – Kursus Team Building Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan 2025 telah diadakan pada 22 hingga 24 Februari 2025 yang lalu bertempat di Kale Nusuk Campsite, Batu Melintang, Jeli.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu telah disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan ibu pejabat dan daerah. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam kursus tersebut adalah Eksplorasi Gunung Reng, mendulang emas, river tubing dan water confident menyelusuri Sungai Pergau.

Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Encik Zaharuddin bin Zainal dan Encik Shahril bin Aziz telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang untuk turut serta terlibat dalam kursus tersebut.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search