PASIR MAS, 24 APRIL 2024 - Satu sesi kunjung hormat telah diadakan yang diketua oleh Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir untuk pertemuan bersama Encik Hazmi bin Abdul Hamid, Ketua Jajahan Pasir Mas bertempat di Bilik Mesyuarat Tetamu pada jam 10.30 pagi.
Pertemuan ini adalah bertujuan untuk membentangkan kertas konsep dan memberi penerangan lanjut berkenaan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pasir Mas Tahun 2024 yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2023 bertempat di Dataran Apam Putra, Bandar Baru Lubok Jong, Pasir Mas. Pembentangan kertas konsep merangkumi perancangan atur cara dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.
Disediakan Oleh :- Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 145
