PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) DAERAH TUMPAT TAHUN 2025

TUMPAT, 20 Februari 2025 - Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia. Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian yang membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.

Justeru itu, Pejabat Belia dan Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 pada 19 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari pertubuhan belia dan calon individu lelaki dan wanita. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat bercadang untuk menghantar pencalonan APBN bagi Kategori Pertubuhan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Manakala bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita ialah sekurang-kurangnya satu pencalonan.

Taklimat kriteria penilaian dan syarat-syarat pencalonan APBN bagi Kategori Pertubuhan dan Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah disampaikan oleh Puan Mimi Marini binti Mahmood selaku pegawai bertanggungjawab untuk program pembangunan belia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan hadir sama Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat (Bahagian Pembangunan Sukan) serta Encik Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tumpat (Bahagian Pembangunan Rakan Muda).

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search