BACHOK, 23 APRIL 2024 – Sesi perbincangan sempena Semarak Hari Belia Negara telah diadakan bersama Encik Mohd Noraimi Hazimin bin Che Nordin, Pengerusi Kelab Evolusi Wheel Motorsport pada 22 April 2024 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Perbincangan tersebut bertujuan untuk mengadakan Drift Show Sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bachok 2024 yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2024 bertempat di Tapak Pasar Malam Pantai Irama ,Bachok. Kereta yang digunakan bagi sukan Drift adalah jentera yang menggunakan pacuan tayar belakang, ringan dan berkuasa tinggi.Sukan Drift memerlukan modal yang tinggi untuk tayar dan brake pad. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Bachok 2024.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
PASIR PUTEH, 28 APRIL 2024 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang telah bermula pada 27 April 2024 (Sabtu) bertempat di Permai Beach Resort Bachok Kelantan. Seramai 41 orang peserta daripada Daerah Pasir Puteh dan Bachok telah menyertai program KLAS Renang. Program ini akan dilaksanakan setiap hari Jumaat dan Sabtu sehingga 17 Mei 2024 bermula jam 7.30 pagi – 8.30 pagi.
Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas melibatkan kanak-kanak di seluruh negara. Sasaran penyertaan peserta adalah kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40. Peserta telah didedahkan dengan beberapa teknik berenang iaitu bubble, tahan nafas, terapung dinamik dengan bantuan terapung serta sepakan bertakung dengan alat bantuan terapung.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
PASIR PUTEH, 28 APRIL 2024 – Taklimat Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang bagi Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 25 April 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat, Sek. Keb. Cherang Ruku Pasir Puteh. Taklimat dihadiri oleh ibu, bapa dan penjaga pelajar yang akan menyertai program KLAS Renang.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
PASIR PUTEH, 07 APRIL 2024 - Tadarus dan Khatam Al-Quran Sempena Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2024 telah diadakan pada 06 April 2024 (Sabtu) bertempat di Madinah Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Tujuan program ini adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Seramai 10 orang peserta dari Daerah Pasir Puteh yang terdiri daripada ahli Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh dan pelajar Sek. Men. Keb. Cherang Ruku Pasir Puteh telah hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian dan aktiviti yang dianjurkan antaranya Interaktif Tahsin Al-Quran, Pertandingan Azan, Pertandingan Cerita Pendek (Islamik) dan Majlis Berbuka Puasa
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 07 APRIL 2024 – Tahniah diucapkan kepada Adik Nik Nur Syakilah binti Md. Nazrul Islam dari Sek. Men. Agama (A) Nurul Ittifak yang menjadi Johan, Adik Muhammad Syafiq bin Asmira dari Sek. Men. Keb. Bukit Jawa yang menjadi Naib Johan manakala Adik Nurul Faizah binti Nazaruddin dari Sek. Men. Keb. Kamil menerima hadiah saguhati dalam Pertandingan Cerita Pendek (Islamik) Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang bertajuk Indahnya Ramadan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
TUMPAT, 25 APRIL 2024 - Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2024 merupakan permulaan (kick off) bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan sambutan HBN 2024 di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Justeru itu, mesyuarat pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Daerah Tumpat yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah diadakan pada 23 April 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Mesyuarat ini telah dihadiri Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Tumpat serta NGO’s belia di daerah Tumpat.
TUMPAT, 23 APRIL 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah menerima kunjungan dari ahli-ahli Black Ant Dart Club pada 22 April 2024. Kelab ini telah diluluskan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pada 1 April 2024. Kelab ini juga merupakan kelab dart yang pertama ditubuhkan di daerah Tumpat.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan barisan ahli-ahli jawatankuasa kelab dan kerjasama yang dapat dijalinkan bersama dalam pelaksanaan aktiviti. Pihak kelab turut mendapatkan nasihat berkenaan tindakan–tindakan yang perlu diambil selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).