- JBS Kelantan
- Hits: 70
PENGHANTARAN DOKUMEN KELAB BAHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 70
PASIR MAS, 18 FEBRUARI 2025 – Wakil Kelab Rakan Muda Unggul Kampung Limbat yang baru sahaja lulus pendaftaran melalui sistem Eroy telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bagi semakan dokumen yang perlu dihantar kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur bagi mendapatkan sijil pendaftaran kelab mereka.
Puan Nur Aliaa binti Wan Johan , Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah memeriksa dan meneliti satu persatu kandungan dokumen tersebut agar ianya menepati standard yang ditetapkan oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) agar segala proses berjalan lancar.
Semoga penubuhan Kelab Rakan Muda ini dapat memperbanyakkan dan memperhebatkan lagi kelab-kelab dan aktviti-aktiviti di daerah Pasir Mas ini.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas