- JBS Kelantan
- Hits: 69
PROGRAM KARVINAL SUKAN TRADISIONAL (KASUT) MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 69
PASIR MAS, 18 FEBRUARI 2025– Kelab Belia Pondok Lati, Rantau Panjang telah berjaya melaksanakan Karnival Sukan Tradisional (KASUT) pada 15 Februari 2025 bertempat di Kampung Pondok Lati. Sambutan penduduk kampung amat memberangsangkan dengan kehadiran melebihi jangkaan pihak penganjur iaitu lebih 500 orang telah menyertai karnival ini.
Karnival ini telah mendapat suntikan Dana Sukan Komuniti (DSK) daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang bertujuan untuk memberi bantuan/ dana bagi mengalakkan lagi penganjuran aktiviti sukan di peringkat akar umbi. Pelbagai aktiviti telah di adakan pada hari tersebut iaitu bermula solat subuh berjemaah , Fun Walk, acara sukan tradisional bagi semua peringkat umur seperti tiup belon, congkak, gasing dan banyak lagi.
Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor, Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah hadir bagi memberi sokongan dan sekaligus memeriahkan lagi program berkenaan. Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan banyak di daerah Pasir Mas bagi mengeratkan silaturahim sekaligus mengalakkan masyarakat setempat kekal aktif. TAHNIAH ANAK MUDA KELAB BELIA PONDOK LATI !!!
Disediakan oleh: Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas