MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KELANTAN CYCLING CHALLENGE 2025

Kota Bharu, 13 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Cycling Challenge 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 12 Februari 2025. Kejohanan ‘Kelantan Cycling Challenge 2025' akan diadakan pada 21 dan 22 Februari 2025 bertempat di Daerah Machang, Kelantan. Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Penganjuran program ini telah mendapat suntikan dana melalui Program Geran Padanan Sukan dengan kerjasama Majlis Daerah Machang. Terdapat 2 (dua) Kategori dipertandingkan iaitu Road Race, Criterium dan menyediakan banyak hadiah yang lumayan.

Antara agensi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut adalah Majlis Daerah Machang, Pejabat Penerangan Daerah Machang, Ibu Pejabat Polis Negeri Kelantan, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Persatuan St. John Kawasan Kelantan Utara, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya Daerah Machang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai Jalan yang diguna untuk kejohanan tersebut, penggunaan peralatan siaraya, penyertaaan dari atlet berbasikal Negeri Kelantan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, JBSNK. Beliau mengingati persatuan agar mematuhi tatakelola pengurusan Kejohanan Kelantan Cycling Challenge 2025 dan menjaga Kebajikan setiap perserta. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSNK, Encik Nohazlee bin Md. Zaki, Setiausaha Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search