- JBS Kelantan
- Hits: 66
KELAB BELIA SEMERAK AZAM LAKSANA PROGRAM REKREASI DI TOK BALI
- JBS Kelantan
- Hits: 66
PASIR PUTEH, 18 FEBRUARI 2025 : Saudara Muhammad Azwan bin Abdullah, Pengerusi Kelab Belia Semerak bersama barisan ahli jawatankuasa telah menyantuni Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Puteh disamping membentangkan kertas kerja sebuah program rekreasi yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Jun 2025.
Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah meneliti kertas kerja program tersebut dan seterusnya perbincangan di antara kedua-dua pihak telah dilakukan dengan intipati utama adalah terarah kepada proses pencarian dan pengumpulan dana program melalui sumber-sumber yang ada seperti Dana Sukan Komuniti (DSK) KBS.
Selain itu, pihak PBSD Pasir Puteh turut menyarankan agar Kelab Belia Semerak bekerjasama dengan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) bagi pelaksanaan program tersebut. Diharapkan program ini akan menjadi realiti apabila tiba masanya dan secara tidak langsung, ianya dapat membangunkan sektor eko pelancongan di daerah ini.