- JBS Kelantan
- Hits: 191
PERBINCANGAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BAGI ACARA BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU
KOTA BHARU, 23 Mei 2024 –Satu perbincangan berkaitan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kota Bharu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Che Latif, Kuala Besar, Kota Bharu. Program Liga Sukan Komuniti ini merupakan program yang diturunkan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke seluruh Peringkat Daerah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu tidak terkecuali untuk melaksanakan program tersebut.
Liga Sukan Komuniti ini diadakan bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktivitii sukan serta menggalakkan masyarakat membudayakan sukan. Sesi perbincangan tersebut diadakan bersama dengan Puan Syaida bt Hashim, Pengadil Persatuan Bola Tampar Negeri Kelantan. Turut hadir mewakili Pejabat belia dan Sukan ialah Pn.Emi Zurina bt Ab.Aziz,Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dan Cik Wan Nur Amysuraya bt Wan Muhammad Zaki, pelajar praktikal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Perbincangan ini adalah berkaitan dengan teknikal bola tampar serta logistik yang diperlukan untuk Pertandingan Bola Tampar yang akan berlangsung pada 22 Jun 2024 di Dewan terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 191
