- JBS Kelantan
- Hits: 81
MOHAMMAD HASAMUDDIN SAHUT CABARAN JADI CALON ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) MEWAKILI DAERAH JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 81
JELI, 2 MAC 2025 – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia. Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperolehi pencapaian yang membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.
En. Mohammad Hasamuddin bin Abdul Samat menyahut cabaran bagi merebut tempat terbaik dalam Anugerah ini sebagai peserta dari Daerah Jeli. Beliau yang ditemui memaklumkan merasa cukup teruja dengan pencalonan ini dan berjanji akan memberikan persembahan mantap sewaktu hari penilaian nanti.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs.Puan Hazmanita binti Che Hamid, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli serta kakitangan yang lain, kerana sudi memberi kata-kata semangat, motivasi dan tunjuk ajar kepada beliau bagi membuat persiapan dokumentasi bagi melengkapi syarat dan prosidur anugerah.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli mendoakan En. Mohammad Hasamuddin berjaya dalam sesi penilian yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Mac nanti.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli