PASIR PUTEH, 16 MEI 2024 – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan SMK Selising Pasir Puteh pada 15 Mei 2024 (Rabu). Program ini dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Belia Semerak Pasir Puteh dan SMK Selising Pasir Puteh.
Program Semarak Hari Belia Negara 2024 dilaksanakan bagi menyebarluas aktiviti sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi khususnya di daerah Pasir Puteh. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan dan negara kepada golongan belia atas sumbangan yang diberikan dalam pembangunan negara. Program ini memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada Pembangunan potensi belia menerusi elemen 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
- JBS Kelantan
- Hits: 162
