- JBS Kelantan
- Hits: 65
MESYUARAT JAWATANKUASA CADANGAN NAIK TARAF LITAR ROYAL KELANTAN CIRCUIT
- JBS Kelantan
- Hits: 65
BACHOK, 9 Mac 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Cadangan Naik Taraf Litar Royal Kelantan Circuit telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Royal Kelantan Circuit, Gunong, Bachok. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima Permohonan Cadangan Naik Taraf Litar Royal Kelantan Circuit daripada pihak Jawatankuasa Projek Naik Taraf Royal Kelantan Circuit dan bertindak sebagai urusetia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Antara agensi yang terlibat dan hadir ke mesyuarat tersebut adalah Motorsport Association of Malaysia (MAM), Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya Daerah Bachok, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bachok, Majlis Daerah Bachok serta Jawatankuasa Projek Naik Taraf Royal Kelantan Circuit. Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai pembentangan Kertas Kerja Projek Naik Taraf Royal Kelantan Circuit serta lawatan tapak ke Litar Royal Kelantan bagi mengenalpasti kerja-kerja untuk menaik taraf.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Puan Ainaa Diyyana binti Mokhtar, Pegawai Pembangunan Rekreasi JBSNK
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Sukan JBSNK