PASIR MAS - 16 Februari 2025 - Satu tinjuan dan pemeriksaan telah dilaksanakan pada 13 Februari 2025 ke gelanggang futsal Kampung Teresek, Repek , Pasir Mas bagi mendapatkan status tunggakkan bil elektrik setelah penyerahan pada tahun 2023 kepada pihak pengurusan yang baharu.
Encik Mohd Sarimat bin Salleh beserta Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah turun padang membuat tinjauan tersebut. Turut sama hadir adalah penjaga gelanggang tersebut iaitu Parit a/l Prasit Pic. Beliau memaklumkan bahawa bil-bil elektrik gelanggang futsal Kg. Teresek dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan walaupun keadaan gelanggang telah rosak dan kurang digunakan lagi.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
Kota Bharu, 13 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Cycling Challenge 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 12 Februari 2025. Kejohanan ‘Kelantan Cycling Challenge 2025' akan diadakan pada 21 dan 22 Februari 2025 bertempat di Daerah Machang, Kelantan. Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Penganjuran program ini telah mendapat suntikan dana melalui Program Geran Padanan Sukan dengan kerjasama Majlis Daerah Machang. Terdapat 2 (dua) Kategori dipertandingkan iaitu Road Race, Criterium dan menyediakan banyak hadiah yang lumayan.
Antara agensi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut adalah Majlis Daerah Machang, Pejabat Penerangan Daerah Machang, Ibu Pejabat Polis Negeri Kelantan, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Persatuan St. John Kawasan Kelantan Utara, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya Daerah Machang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai Jalan yang diguna untuk kejohanan tersebut, penggunaan peralatan siaraya, penyertaaan dari atlet berbasikal Negeri Kelantan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, JBSNK. Beliau mengingati persatuan agar mematuhi tatakelola pengurusan Kejohanan Kelantan Cycling Challenge 2025 dan menjaga Kebajikan setiap perserta. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSNK, Encik Nohazlee bin Md. Zaki, Setiausaha Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan.
PASIR MAS, 13 FEBRUARI 2025 : Saudara Muhamad Akmal bin Zakaria, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Padang To' La telah menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas untuk mendapatkan membincangkan tata cara permohonan Dana Sukan Komuniti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi penganjuran Karnival Sukan di Daerah Pasir Mas dan satu pertemuan telah diadakan bersama Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama En. Mohd Faidhi bin Mat Noor, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Dalam pertemuan berkenaan pihak PBSD telah menerangkan kepada beliau berkenaan kaedah permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) KBS tersebut yang telah dibuka sejak awal tahun ini.Dalam pertemuan ini juga, Encik Muhamd Akmal turut membentangkan kertas kerja Karnival Sukan yang ingin dilaksanakan oleh pihaknya pada bulan Mei tahun 2025 ini nanti.
Semoga permohonan kertas kerja dan karnival sukan berkenaan dapat dilaksanakan bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan di daerah Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
PASIR MAS - 12 Februari 2025 - Satu tinjuan telah dilaksanakan ke 5 buah gelanggang futsal di Daerah Pasir Mas bagi mendapatkan nombor siri meter elektrik TNB untuk tujuan semakan bil-bil elektrik tertunggak setelah penyerahan pada tahun 2023 kepada pihak sekolah dilakukan.
Lima (5) buah sekolah yang terlibat adalah SMK Kedondong, SK Othman Talib 1, SMK Pasir Mas, SMK Dangar, SK Sultan Ibrahim 4, Pasir Mas. Semua bacaan dan nombor siri meter elektrik akan diserahkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad bagi tujuan semakkan dan tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
PASIR MAS, 12 Februari 2025 - Telah berlangsung Program Travelog Usahawan Peringkat Negeri Kelantan pada 11 Februari 2025 (selasa) yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 6 orang belia daerah Pasir Mas telah menyertai program ini. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan juga membuka mata belia- belia di dalam selok belok alam perniagaan yang boleh bermula di rumah sahaja tanpa menggunakan modal yang besar.
2 usahawan orang yang terlibat adalah Puan Suhaila binti Jusoh, pemilik Orfeo Salon, Tanah Merah dan Puan Azlina binti Muhammad, pemilik D'Lina wellness Kuala Krai. Banyak input, pengalaman dan kata-kata semangat diberikan kepada belia-belia yang ingin menceburi perniagaan salon, spa dan wellness.
Program ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Ekonomi II, Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia Daerah Tanah Merah, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas serta Encik Mohd Fadzwan bin Zainun, Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
TUMPAT, 13 FEBRUARI 2025 - Mesyuarat Karnival Sukan Madani Parlimen Tumpat 2025 telah diadakan pada 10 Februari 2025 bertempat di Pejabat Pusat Madani Tumpat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Encik Ahmad Hizwani bin Shafii, Pengarah Komunikasi Pusat Madani Tumpat dan Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Hadir sama Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim serta Encik Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni.
Cadangan perancangan awal Karnival ini telah diputuskan pada bulan Mei 2025 (1 hari) bertempat di MRSM Tumpat dengan sasaran peserta seramai 5,000 orang. Antara cadangan aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan Bola Jaring, Sepak Takraw, Penalti Bola Sepak, Badminton, Ping Pong, Larian (Fun Run) 5km, e-Sports (FIFA & Mobile Legends), Sukan Rakyat seperti lari dalam guni, congkak dan sebagainya juga akan dilibatkan. Cabutan bertuah dan persembahan kebudayaan turut dicadangkan pada malam sebelumnya.
Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program ini, rakan strategik utama telah dibentuk iaitu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat,Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Tumpat, Pejabat Penerangan Tumpat, Pusat Madani Tumpat dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di daerah Tumpat akan dilibatkan dalam mesyuarat yang akan datang.
Kota Bharu, 12 Februari 2025 – Telah berlangsung berbincangan di antara Daly’a Beauty dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi penganjuran Colour Run 2025 bertempat di Pejabat Operasi Daly’a Beauty Tunjung pada 11 Februari 2025.
Program ini merupakan inisiatif Daly' a Beauty bagi memberi ruang kepada masyarakat setempat seisi keluarga menjalankarn aktiviti kecerdasan fizikal dengan suasana yang riang ria. Program ini merupakan larian bertemakan warna warni. Program ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan muda sahaja, tetapi juga mengajak seisi keluarga untuk beriadah sambil berseronok dan mengeratkan ukhuwah kekeluargaan.
Pada perbincangan tersebut, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan telah menerangkan dengan terperinci Penganjuran Program Colour Run 2025 mengikut spesifikasi dan tatakelola pengurusan program. Turut dibincangkan kolaborasi strategik di antara kedua pihak khususnya dalam Pembangunan sukan di Negeri Kelantan dengan konsep menang – menang.
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Penagarh Sukan JBSNK bersama Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK. Manakala pihak Daly’a Beauty telah dihadiri oleh Nik Ahmad Amizan bin Nik Azizan, Pengarah Eksekutif NF Niaga. Adalah di harapkan dengan kolaborasi ini akan merancakkan lagi landskap pemerkasaan sukan untuk semua hingga ke peringkat akar umbi tuntas menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan
KUALA KRAI – Persiapan diri menyambut bulan Ramadhan adalah hal yang dianjurkan bagi seluruh umat muslim di dunia. Allah SWT pun telah mengkhususkan bulan Ramadhan sebagai bulan dengan keutamaan yang istimewa sehingga menjadi salah satu saranan untuk mencapai tingkat kesempurnaan di hadapan Allah SWT.
Persiapan diri yang baik secara fizikal mahupun mental dalam menyambut puasa Ramadhan sangatlah penting. Secara mental, kita harus mampu dalam mempersiapkan diri dengan hati yang bersih (tulus dan ikhlas) dalam mendekatkan diri kepada Allah Swt. Sementara itu, dari segi persediaan fizikal pula penting untuk menjaga Kesihatan tubuh dalam mempersiapkan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini.
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini, Pihak Pengurusan Bangunan Persekutuan Kuala Krai telah menganjurkan tazkirah bertajuk "Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan" yang disampaikan oleh Timbalan Qadi Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai, Ustaz Muhammad Danisy bin Shah Zan, bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Persekutuan Kuala Krai. Tazkirah ini turut dihadiri oleh Pegawai serta Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan pegawai serta kakitangan - kakitangan agensi Kerajaan yang lain di Bangunan Persekutuan Kuala Krai.
Sebelum majlis bersurai , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani Binti Abdullah Zawawi selaku Timbalan Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Kuala Krai telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Kuala Krai
KUALA KRAI – Puan Azlina Binti Mohammad Usahawan wanita yang berjaya dalam bidang Spa dan Penjagaan Kesihatan, merupakan pemilik dan pengasas D’Lina Spa & Wellness Kuala Krai yang telah beroperasi hampir 10 tahun di Daerah Kuala Krai.
Kesungguhan dan semangat Azlina untuk menceburi bidang ini terbukti dengan pencapaian anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, RISDA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta lain-lain agensi kerajaan di atas kejayaan beliau dalam membina kerjaya sebagai usahawan rawatan kesihatan ini.
Puan Azlina Binti Mohammad turut berkongsi pengalaman serta memberi kata-kata semangat kepada para usahawan dan bakal usahawan yang menyertai lawatan ke premis beliau sempena Program Travelog Jejak Inspirasi Usahawan Berjaya Peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Majlis Belia Jajahan Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada usahawan belia yang baru dalam bidang perniagaan serta membuka peluang kepada usahawan baru untuk berdamping dengan agensi kerajaan bagi mendapatkan manafaat yang ditawarkan oleh kerajaan.
Hadir sama dalam program tersebut Pegawai Pembangunan Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi, Wakil Pejabat RISDA Daerah Kuala Krai, Ahli Jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai dan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas.