WARGA JBSNK DAPAT MANAFAAT TAZKIRAH RAMADAN PADA PERHIMPUNAN BULANAN

KUALA KRAI, 27 MAC 2025 – Pada 26 Mac 2025, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) bagi Bulan Mac 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Panji. Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Saippudin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini telah dihadiri oleh seluruh warga JBSNK termasuk di peringkat daerah. Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai hadir bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.

Pada perhimpunan kali ini, turut diadakan tazkirah yang bertajuk Sepuluh Malam Terakhir Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai.
Ustaz Saibon menekan, Ramadan tidak menuntu umat Islam berpuasa semata-mata tetapi juga bulan penuh keberkatan sekali gus membuka peluang keemasan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sepanjang 30 hari Ramadan, malam Lailatul Qadar adalah paling dinantikan, yang mana ia dikatakan berlaku dalam 10 malam terakhir kerana pintu rahmat terbuka seluas-luasnya, doa dikabulkan, dan amalan dilipat ganda pahalanya. Sebelum bulan penuh rahmat ini berlalu meninggalkan kita, gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan pecutan terakhir dan tidak mensia-siakan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search