- JBS Kelantan
- Hits: 69
BELIA DAERAH MACHANG SERTAI PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 69
MACHANG, 15 MAC 2025 – Seramai 42 orang belia dari daerah Machang telah menyertai Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2025 bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh, Kelantan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Dalam Al-Quran, Pertandingan Hafazan Kategori Lelaki dan Kategori Wanita, dan Pertandingan Azan & Iqamah. Selain itu, ceramah agama yang bertajuk "Indahnya Ramadhan", Agihan Bubur Lambuk, Majlis Rakan Muda Khatam Al-Quran dan Tadarus Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa juga turut diadakan. Program ini disertai hampir 1400 orang peserta dari seluruh Negeri Kelantan dan penduduk setempat.
Ucapan perasmian disempurnakan oleh YBrs Tuan Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh YB. Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir ke program ini adalah YBrs Encik Mohamad Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.