- JBS Kelantan
- Hits: 71
YOUNG MALAYSIANS MOVEMENT MEGORAK LUKISAN WARNA PERBAGAI BANGSA DI GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 71
Gua Musang, 9 Mac 2025 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 bagi Kategori Pertubuhan Belia pada 9 Mac 2025.
Persatuan Belia Young Maaysians Movement (YMM) Cawangan Gua Musang telah melayakkan diri ke peringkat kedua iaitu sesi lawatan premis dan pembentangan setelah berjaya melepasi tapisan awal melalui dokumentasi/portfolio sebelum ini.
APBN merupakan sebuah program berbentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara. Anugerah ini saban tahun akan diadakan bagi mengiktiraf dan memartabatkan pertubuhan/individu yang membantu pihak kerajaan dari pelbagai sudut seperti ekonomi belia, kemasyarakatan dan lain-lain.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YMM Cawangan Gua Musang kerana mewakili Daerah Gua Musang. Semoga YMM akan terus maju jaya dalam pembangunan kepimpinan dan sahsiah belia-belia di Gua Musang terutamanya kaum Cina.