BAKAL MENYUARAI KALI KEDUA APBN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 BAGI KATEGORI PERTUBUHAN

GUA MUSANG, 6 MAC 2025 -Majlis Belia Jajahan Gua Musang (MBJGM) menerima kunjungan sesi lawatan ke premis pertubuhan dari penilai Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Anugerah ini saban tahun akan diadakan bagi mengiktiraf dan memartabatkan pertubuhan/individu yang membantu pihak kerajaan dari pelbagai sudut seperti ekonomi belia, kemasyarakatan dan lain-lain. Saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, YDP MBJGM berkata. ” Perbezaan kaum bukan halangan untuk dirinya dan persatuan berbakti kepada masyarakat dengan mewujudkan perusahaan sosial”.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, Encik Shahabudin bin Haji Deraman, turut memberi dorongan dan sokongan kepada MBJGM. ”Semoga melalui penganugerahan program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada belia-belia di luar sana untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat melalui pergerakan belia secara berpersatuan atau individu,” katanya pada hari itu.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang mengucapkan Taniah dan terima kasih kerana mewakili daerah Gua Musang bagi menyertai Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2025. Semoga MBJGM Menggalakkan ramai lagi penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search