TUMPAT,19 MEI 2024 - Program Jaringan Strategik Bantuan Awal Bencana anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat serta Persatuan Penduduk Pasir Pekan Prihatin telah diadakan pada 16 Mei 2024 bertempat di Pulau Sri Tanjung.
Program dijalankan selama 2 hari bermula 15 hingga 16 Mei 2024 dengan sasaran penyertaan seramai 50 orang sehari. Bagi peserta program hari pertama melibatkan wakil persatuan-persatuan di sepanjang jajaran Sungai Kelantan. Manakala pada hari berikutnya ialah melibatkan penyertaan daripada penduduk di Teluk Renjuna dan beberapa kepulauan sekitar.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 164
