- JBS Kelantan
- Hits: 73
GERAI HARI RAYA PBSD PASIR PUTEH MEMENANGI TEMPAT KETIGA
- JBS Kelantan
- Hits: 73
PASIR PUTEH, 20 APRIL 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17 April 2025 yang lalu bertempat di Perkarangan Parkir Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di mana acara bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Majlis ini dimeriahkan dengan penglibatan semua kakitangan jabatan, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Panji dan pejabat belia dan sukan daerah (PBSD) dengan dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak juadah utama iaitu nasi briyani dan sup kambing. Pada sebelah petang pula, setiap unit Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan PBSD menghias reruai masing-masing agar kelihatan menarik untuk bersaing bagi merebut hadiah pertandingan gerai terbaik.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut menyediakan juadah sate dan ais krim Malaysia kepada tetamu yang hadir. Kehadiran ahli keluarga JBSN,KOMBES dan PBSD mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhwah. Majlis diserikan dengan ucapan oleh Encik Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Di akhir majlis, PBSD Pasir Puteh telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan gerai terbaik.