BACHOK, 28 Januari 2024 – Satu Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok Bil.1/2024 telah diadakan pada 23 Januari 2024 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok dan turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bachok. Tujuan mesyuarat tersebut, Puan Azma binti Yahya telah menyampaikan amanat khas daripada YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 14 Januari yang lalu.
Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah dapat meningkatkan kualiti kerja, penyelesaian masalah, pentadbiran dan hal-hal lain. Tumpuan utama tahun ini adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan cara bekerja profesional perlu di tingkatkan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
TANAH MERAH , 21 JANUARI 2024 – Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) merupakan suatu Program yang bertaraf antarabangsa yang diadaptasi daripada The Duke Of Edinburgh’s International Award. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) ini mempunyai tiga tahap iaitu Gangsa , Perak dan Emas yang mana Anugerah ini mengambil pendekatan SMART iaitu Specific , Measurable , Achievable , Relevant dan Timed.
Seramai 10 Orang anak muda dari Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Tanah Merah telah menyahut cabaran untuk mencapai tahap tertinggi di dalam Program ini iaitu Tahap Emas yanag mana para peserta ini perlu menyelesaikan setiap Komponen dalam masa 60 Jam ( 12 Bulan ) termasuk Projek Penempatan yang perlu dilaksanakan pada akhir sekali.
Taklimat dan pengisian borang telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah pada 21 Januari 2023 ( Ahad ). Turut hadir bersama adalah En Wan Abdul Rahman Bin Haji Wan Ismail ( Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah ) yang sempat memberi kata – kata semangat kepada peserta dan Puan Hayati Bt Abd Razak ( Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Tanah Merah ).
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
17 JANUARI 2024 JELI- Satu Mesyuarat Penyelarasan PBSD Jeli Bil.1/2024 telah diadakan bagi menyelaras urusan pentadbiran, Unit Belia, Sukan dan Rakan Muda bagi tahun 2024.Dalam mesyuarat tersebut,Puan Hazmanita binti Che Hamid selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menyampaikan amanat dari YBrs. Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan pada 14 Januari 2024 yang lalu.
Beliau berharap agar semua kakitangan dapat mematuhi segala arahan dan teguran yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan Jabatan dan berharap semua kakitangan dapat melakukan penambahbaikan bagi tahun ini.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama pihak Jabatan kepada pengurusan PBSD Jeli bagi tahun 2023.
PASIR MAS, 25 JANUARI 2024 – Program Rakan Prihatin Mobilisasi Satria Pasca Bencana telah dilaksanakan pada 24 Januari 2024 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Kampung Siram. Program ini anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.
Program Rakan Muda Prihatin merupakan satu program khidmat masyarakat sukarelawan bersama komuniti. Program pada kali ini dijayakan dengan kolaborasi bersama 17 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok (IKTBN Bachok) melibatkan aktiviti servis motosikal secara percuma iaitu menukar minyak hitam dan palam pencucuh untuk 100 buah motosikal.
YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah melakukan demo menukar palam pencucuh dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian serta menyampaikan sijil penghargaan kepada IKTBN Bachok dan ketua komuniti setempat serta kelab belia yang terlibat.
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
ASIR MAS, 17 Januari 2024 – Telah berlangsung Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas Bil.1/2024 pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Perkara utama yang disampaikan adalah amanat terkini daripada YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 14 Januari yang lalu.
Antara agenda lain yang dibincangkan adalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran pejabat serta perancangan dan penyelarasan program bagi tahun 2024. Pengerusi mesyuarat turut membincangkan berkaitan gerak kerja serta persiapan bagi pelaksanaan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
24 Januari 2024 (Isnin)- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima satu lawatan kunjung hormat daripada wakil Syarikat Kalbe Malaysia Sdn.Bhd (Extrajoss) pada 17 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menyambut baik hasrat dan cadangan yang telah disampaikan oleh Encik Rashid bin Ibrahim, Sales Promotion Supervisor Kalbe Malaysia Sdn. Bhd (Extrajoss) untuk menjalinkan kerjasama sebagai penaja minuman tenaga Extrajoss dalam penganjuran program-program Jabatan bagi tahun 2024.
Turut hadir bersama Encik Norfikri bin Norzaki, Pegawai Pembangunan Cawangan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mhd Sulayman bin Subrun Pegawai Pembangunan Cawangan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Dan Encik Nazmi bin Che Yahya @ Salleh, wakil Syarikat Kalbe Malaysia Sdn. Bhd Cawangan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNk
22 Januari 2024 (Ahad)-Telah berlangsung sesi pertemuan diantara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) bersama Encik Mhd Sulayman bin Subrun, Pegawai Pembangunan Cawangan Sukan Rekreasi dengan Yang Berhormat Zamakhshari bin Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Rakyat, dan juga Rider Cilik Negeri Kelantan pada 17 Januari 2024 bertempat di Pejabat Exco MABNA-MBI.
Sesi pertemuan ini telah diaturkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi melihat pendekatan dalam pembangunan sukan bermotor di Negeri Kelantan. Apatah lagi, Rider Cilik Negeri Kelantan, Adik Wan Muhammad Nufayl Darwisy bin Wan Mohd Assif, telah pun naik podium sebanyak 2 Kali dari 5 pusingan yang ditandingkan di Kejohanan SIC Ohvale Junior Championship 2023.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
KOTA BHARU, 22 Januari 2024, Isnin (10 Rejab 1445H). Telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang telah disampaikan oleh Mohd Azhari bin Mohammad. Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negara termasuklah Jabatan Belia dan Sukan Negeri seramai lebih kurang tiga ribu pegawai dan kakitangan.
Dalam amanatnya, Ketua Pengarah (JBSN) telah berkongsi pencapaian JBSN sepanjang tahun 2023 dan menyampaikan aspirasi dan harapan Ketua Pengarah JBSN dalam mengemudi hala tuju serta operasi JBSN sepanjang tahun 2024. Majlis ini merupakan satu pendekatan pihak pengurusan JBSN dalam memastikan semua warga JBSN mendapat kefahaman yang jelas berkenaan visi dan misi yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2024.
Turut hadir bagi menyaksikan amanat ini secara dalam talian adalah Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Naziah bt Dollah, Timbalan Pengarah Belia, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan serta Pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat dan Daerah.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 7 Januari 2023, Ahad (25 JamadilAkhir 1445H). Bertempat di bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA) untuk Suku Tahun Keempat 2023.
Mesyuarat ini membincangkan tentang pembentangan Laporan Pengurusan Aset Alih, Pengurusan Aset Hidup, Pengurusan Aset Tak Ketara, Pengurusan Stor, Perancangan, Penyelenggaraan dan pelupusan Aset dan Stok dan Hal-hal berkaitan Pengurusan Aset dan Stor. Manakala bagi Pengurusan Kewangan, membincangkan tentang laporan Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2023, Pengurusan Perakauan Amanah, Pengurusan Pungutan dan tunggakan hasil dan Pengurusan Perolehan dan Hal- hal berkaitan kewangan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir mesyuarat ini adalah Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia) dan Pegawai serta kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan