MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PBSD TUMPAT DISAMBUT MERIAH

TUMPAT, 30 APRIL 2025 - Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda anjuran Majlis Belia Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah diadakan pada 28 April 2025 bersamaan 29 Syawal 1446H bertempat di Perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Majlis ini berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran ahli-ahli Kelab, Belia, Sukan dan Rakan Muda bersama agensi-agensi Kerajaan dan Swasta.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang menyediakan 20 menu makanan dan minuman seperti laksa penang, sate, roti jala, ketupat, tapai dan beraneka juadah lagi. Sebanyak 38 buah persatuan dan kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda telah dijemput menyertai majlis ini dan turut menyumbangkan juadah-juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Turut hadir ke majlis ini ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan . Beliau juga sempat meluangkan masa beramah mesra dengan ahli-ahli pertubuhan tersebut.

Kehadiran sehingga 400 tetamu jemputan telah menyerikan lagi suasana Hari Raya dan semoga ukhuwah yang terbina kekal untuk kerjasama erat serta berpanjangan antara jabatan/agensi dan pertubuhan khususnya di daerah Tumpat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search