- JBS Kelantan
- Hits: 74
PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 BUKA TIRAI SECARA RASMI
- JBS Kelantan
- Hits: 74
Kota Bharu, 26 April 2025- Telah berlangsung Majlis Perasmian Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2025. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bertempat di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini akan berlangsung bermula 26 April sehingga 16 Ogos 2025.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif seterusnya meningkatkan produktiviti untuk dalam kehidupan seharian. Ini juga berperanan sebagai satu medium untuk mendidik semua peserta mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat di dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada pelbagai pihak yang hadir menyokong program ini pada hari tersebut.
Turut diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Sport Nutrition Academy, Yakult Malaysia Sdn.Bhd, In Body Asia Sdn.Bhd, Absolute Protech Sports (M) Sdn.Bhd, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Kelab Aerobik Panji (KAP), Aspen Sarl Sdn.Bhd dan I Medikal Pharmacy Sdn.Bhd
Seramai 235 orang peserta yang seluruh Negeri Kelantan berdaftar untuk menyertai program tersebut.Tahniah kepada semua.
Turut hadir, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK.
Gaya hidup sihat, JBSN komited!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI