- JBS Kelantan
- Hits: 161
KOD SUKAN SELAMAT
Kod Sukan Selamat merupakan suatu garis panduan yang dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memberi panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderitaan dalam sukan. Sehubungan dengan itu satu Bengkel _Training of Trainer (TOT_) Kod Sukan Selamat telah berjaya di laksanakan di The Pearl Hotel, K.Lumpur. Ia di anjurkan oleh Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik, KBS dan telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 5 hingga 6 Mac yang di hadiri seramai 49 orang peserta yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri - Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Pesuruhjaya Sukan (PjS).
Tujuan pembentukan Kod Sukan Selamat adalah memberi panduan dan rujukan kepada semua Komuniti Sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab Komuniti Sukan secara jelas dan menyeluruh serta melindungi Komuniti Sukan daripada sebarang bentuk penderaan, gangguan dan keganasan dalam sukan yang menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.
Kesemua para peserta adalah dilantik sebagai _Focal Person_ di Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing - masing yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 161
