- JBS Kelantan
- Hits: 39
Semarak Hari Belia Negara Daerah Tumpat Disambut Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 39
TUMPAT, 20 MEI 2025 - Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tumpat telah berlangsung dengan meriah pada 15 Mei 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijiwangsa dengan melibatkan kehadiran seramai 957 orang pelajar sekolah tersebut.
Sambutan Hari Belia Negara (HBN) diraikan pada tanggal 15 Mei setiap tahun yang bertujuan menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Antara pengisian aktiviti yang dilangsungkan pada hari tersebut ialah Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang diketuai oleh saudara Anuar bin Azmin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat bersama barisan NGO’s belia daerah Tumpat dan badan uniform Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijiwangsa.
Bersempena program ini juga, diadakan lima (5) segmen sepanjang pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah pada tahun ini. Lima (5) segmen HBN 2025 di daerah Tumpat ialah Port Gaya & Trend, Port Jana Duit, Port Seni, Port Gaming, Port Fit Malaysia dan Pavilion Rakan Muda serta Majlis Belia Daerah. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Senam Cergas, Pameran Agensi, Mari Mencuba Netball Shoot-Out, Mari Mencuba Penalti Gol Kecil, Pertandingan Mobile Legend, Persembahan Silat dan Tarian.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli bin Mat Ail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat , Sektor Pembangunan Murid. Inisiatif pelaksanaan HBN 2025 menggambarkan sokongan kerajaan yang berterusan kepada golongan belia di samping mempersiapkan golongan belia untuk terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah yang memberi ruang kepada belia untuk melaksanakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat