MACHANG, 10 Mac 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menghantar seramai dua (2) orang calon masing-masing bagi Kategori Individu Lelaki dan Kategori Individu Wanita bagi memberi saingan bersempena dengan Anugerah Perdana Belia Negara 2024. Mereka terdiri daripada Saudara Nik Muhammad Luqman Al Hakim Mohd Roslan dan Saudari Norfatin Farhah binti Abdullah.
Anugerah Perdana Belia Negara atau ringkasnya APBN adalah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Sesi penilaian pada tahun ini telah diadakan pada 9 Mac 2024 yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan melibatkan penyertaan dari seluruh negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 148
