Belia Tanah Merah Sertai Kursus Flag Football : Memperkasa Generasi Sukan!

Tanah Merah, 25 Mei 2025 – Semangat kesukanan dalam kalangan belia semakin berkobar apabila seramai lima orang wakil anak muda Tanah Merah menyertai Kursus Flag Football yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kursus ini menghimpunkan lebih kurang 50 peserta dari seluruh negeri Kelantan, bertujuan memberi pendedahan kepada sukan Flag Football serta memperkasakan kemahiran asas permainan ini dalam kalangan belia.

Flag Football, sebagai cabang sukan yang semakin mendapat perhatian, menekankan strategi, kecergasan serta kecekapan berpasukan, menjadikannya sebagai salah satu platform terbaik untuk pembangunan atlet muda. Kursus ini bukan sahaja melatih peserta dalam teknik asas permainan, tetapi turut menggalakkan nilai kepimpinan, disiplin serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil peserta telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang menyatakan harapan agar kursus ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan sukan Flag Football dalam kalangan anak muda Kelantan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search