PASIR PUTEH, 27 MAC 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Puteh mengucapkan Selamat Datang kepada Muhammad Fikry bin Abd Razak pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Beliau telah melaporkan diri kepada Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh pada 26 Mac 2024 dan akan menjalani latihan industri di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bermula pada 26 Mac 2024 sehingga 14 Jun 2024.
Beliau merupakan seorang pelajar dalam bidang Diploma Pengajian Sukan. Sepanjang menjalani latihan industri di pejabat ini ianya merupakan peluang berharga bagi beliau untuk memperoleh pengalaman praktikal dan memperkukuhkan kebolehan professional, cara-cara pengurusan pejabat, pengurusan program dan penubuhan persatuan belia dan sukan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 123
