Kem Rusa Gagal Raih Kemenangan Sulung Di Kejohanan Pingpong Campuran Berpasukan LSK Bachok 2025

BACHOK, 10 MEI 2025 – Pasukan Kem Rusa mengalami kekecewaan selepas gagal meraih kemenangan sulung dalam Kejohanan Pingpong Campuran Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Bachok 2025. Bertempat di Dewan Beyond Arena PPD Bachok, pasukan yang diketuai oleh Encik Rusli bin Ismail itu berdepan saingan sengit daripada pasukan Pantai Irama A sebelum tewas dengan skor tipis 3-2.

Meskipun berjuang dengan penuh semangat dan kesungguhan, Kem Rusa terpaksa akur dengan kehebatan lawan yang lebih dominan dalam perlawanan tersebut. Para pemain telah memberikan aksi terbaik mereka, tetapi kecemerlangan Pantai Irama A akhirnya menjadi pemisah di saat-saat genting perlawanan.

Encik Rusli bin Ismail meluahkan rasa kecewa tetapi tetap berbangga dengan usaha pasukannya. “Kami telah memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini. Meskipun gagal meraih kemenangan, saya percaya pengalaman ini akan membantu kami menjadi lebih kuat di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Pantai Irama A yang bergelar juara serta pasukan rusa A selaku naib juara kejohanan akan membawa nama daerah Bachok ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2025 nanti.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search