TANAH MERAH, 17 April 2024 – Amalan gaya hidup yang sihat mampu membantu meningkatkan prestasi kerja seseorang kearah yang lebih baik. Mempunyai tubuh badan yang sihat akan dapat mendorong pemikiran yang lebih kreatif dan berdaya tinggi.
Demi memastikan kelancaran dan kebersanan kefungsian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah mula mempraktikkan dan mengamalkan budaya hidup sihat dengan aktiviti berjoging di sekitar Dataran Pechong Tanah Merah pada 17 April 2024 dan akiviti seperti ini akan cuba dijadikan sebagai aktiviti harian para kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah setiap pagi sebelum memulakan kerja di Pejabat.
Diharapkan dengan mengubah cara hidup sihat ini akan menjadikan para Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah menjadi seorang yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 121
