- JBS Kelantan
- Hits: 36
Perbincangan Akhir Bagi Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 36
Pasir Mas, 18 Jun – Satu perbincangan bersama Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Encik Mohd Fadzwan bersama Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (Belia) telah diadakan pada 17 Jun 2025 bagi memastikan segala susun atur dan kelancaran penganjuran Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Pasir Mas yang dijadual berlangsung pada 3 Julai 2025 berjalan dengan lancar dan teratur.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek logistik, penyelarasan teknikal, usul serta penglibatan belia bagi memastikan persidangan ini mencapai objektifnya sebagai platform dialog belia di peringkat daerah.
Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua agensi terlibat serta peranan aktif persatuan belia tempatan dalam menjayakan persidangan tersebut.
Persidangan MPBN Daerah Pasir Mas 2025 dijangka menghimpunkan wakil-wakil belia dari seluruh kawasan jajahan untuk membincangkan isu-isu semasa, mencadangkan inisiatif baharu, dan memperkukuhkan jalinan antara pemimpin belia dan pihak berkuasa.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas