27 April 2024 (Sabtu)-Telah berlangsung Kejohanan Kriterium Tertutup Kelantan Siri 1-2024, yang diadakan pada 27 April 2024 (Sabtu), bertempat di Halal Park Pasir Mas anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan. Kejohanan ini telah disertai seramai 100 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Kelantan dengan mempertandingkan sebanyak 8 kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Bawah 16 tahun Lelaki, Bawah 21 tahun lelaki, Master A (35-45 tahun), Master B 45 tahun ke atas, Maksak Terbuka dan Maksak Veteran. Selain dari mengetengahkan bakat-bakat baru dalam kejohanan ini, turut diadakan sesi pemilihan atlet berbasikal bagi mewakili negeri Kelantan Ke Sukan MAKSAK yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Mei 2024 bertempat di Kangar, Perlis.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 142
