Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan Rasmi Padang Sintetik Di Pasir Mas

PASIR MAS, 31 Mei 2025 – SSFC Arena Pair Mas melakar pencapaian bermakna apabila merasmikan padang sintetik baharu di Daerah Pasir Mas sebagai usaha memperkasa kemudahan sukan dan rekreasi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, semalam. Kemudahan serba moden itu lengkap dengan rumput tiruan berkualiti tinggi, sistem saliran cekap serta pencahayaan stadium, sekali gus membolehkan aktiviti sukan dijalankan pada waktu malam.

“Pembinaan padang ini bukan sahaja memenuhi keperluan penggiat sukan malah membuka ruang pembangunan bakat dalam kalangan anak muda, sekali gus mengangkat pemain baharu kedalam arena sukan tanah air,” katanya ketika berucap.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato Suhaila binti Semaru, Presiden SSFC Arena Pasir Mas diatas  usaha pembinaan padang sintetik ini dan ianya memberi impak positif dalam mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penggiat sukan.

Turut hadir En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Pasir Mas serta komuniti setempat sebagai tanda sokongan.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search