Pemerkasaan Wanita Muda Komitmen Beliawanis Halwanis Kuala Krai

KUALA KRAI, 29 MEI 2025 – Satu sesi perjumpaan strategik bersama Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai telah diadakan di Restoran Damar, melibatkan seramai 20 orang ahli kelab bagi sesi brainstorming dan perkongsian idea ke arah memperkasa peranan wanita muda dalam pembangunan belia serta komuniti setempat.

Sesi ini membuka ruang dialog terbuka untuk merangka program baharu, memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh penglibatan Kelab Beliawanis Halwanis dalam pelbagai inisiatif sosial dan kemasyarakatan. Fokus utama adalah mempertingkat keupayaan kepimpinan wanita muda, membina komuniti yang lebih progresif serta merangsang idea segar demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Syazana Safra binti Md. Sanusi, yang menyatakan komitmen pihak jabatan dalam menyokong inisiatif serta aspirasi Kelab Beliawanis Halwanis untuk tampil sebagai agen perubahan dalam komuniti.

Kelab Beliawanis Halwanis Daerah Kuala Krai berazam untuk terus aktif menganjurkan program yang lebih inklusif, kreatif dan memberi impak kepada pembangunan sosial serta ekonomi komuniti setempat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search