Penubuhan Kelab Belia Warisan Muda Kubur Datu Disambut Baik

JELI 3 JUN 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli menerima kunjung hormat oleh Setiausaha Penaja Kelab Belia Warisan Muda Kubur Datu, Jeli iaitu Puan Anisha binti Adnan, kehadiran beliau telah disambut mesra oleh kakitangan PBSD Jeli.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan untuk mendaftarkan Kelab tersebut secara sah. Dalam perjumpaan tersebut En. Supian bin Hassan (Penolong Pegawai Belia dan Sukan) mengalu-alukan kehadiran Puan Anisha dan memberikan kata-kata semangat serta panduan lengkap perkara yang wajib disediakan sebelum menghantar permohonan menubuhkan Kelab Belia kepada Pejabat Pendafta Pertubuhan Belia (ROY).

Puan Anisha mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan PBSD Jeli yang sudi menerima kunjungan dan memberikan bimbingan yang sangat berguna untuk Kelab berkenaan.

Adalah menjadi harapan semoga tertubuhnya Kelab ini akan memberi sedikit sebanyak ransangan untuk belia-belia yang lain di daerah ini untuk menubuhkan Persatuan atau Kelab.

Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search