JBSN Kelantan Komited Menjayakan Program Larian Kelulut Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 4 JUN 2025 – Telah berlangsung Program Larian Kelulut sempena Karnival BioKelantan & Expo Dapur Hijau 2025 bertempat di D’Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu. Program ini diadakan sempena Karnival BioKelantan 2025.

Seramai 150 Orang peserta telah menyertai program ini sejauh 6 KM bermula di D’ Ru Rehlah Pantai Bisikan Bayu. Larian ini bukan sekadar riadah, tapi simbol usaha bersama galakkan gaya hidup sihat dan semangat cintakan alam sekitar.

Pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ust Hj Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan & Komoditi merangkap ADUN Selising bersama Yang Berhormat Nor Sham bin Sulaiman, ADUN Semerak dan Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini juga sebagai platform mempromosi produk berasaskan madu kelulut tempatan dari minuman tenaga hingga kosmetik semulajadi. Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua peserta.

Jom kita sokong usaha penternak kelulut tempatan dan terus amalkan gaya hidup aktif dan sihat!

Disediakan oleh: Urus Setia Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search