KELANTAN, 14 Mac 2024– Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa menjadi tempat pilihan bagi pelaksanaan Perlawanan Persahabatan Badminton dan Futsal antara JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan dan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang. Perlawanan persahabatan tersebut telah dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi hingga selesai yang melibatkan seramai 50 orang kakitangan daripada agensi tersebut telah memeriahkan suasana di KOMBES Kelantan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
- JBS Kelantan
- Hits: 158
