- JBS Kelantan
- Hits: 68
Libasan Padu Sepak Takraw Komuniti Bersatu Liga Sukan Komuniti Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 68
PASIR PUTEH, 27 MEI 2025 – Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 telah berlangsung dengan meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi pada 24 Mei 2025 bertempat di Bukit Tanah Monster, Pasir Puteh dengan jumlah penyertaan sebanyak 16 pasukan. Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Tok Bali Football Club dan penggerak sukan sepak takraw Pasir Puteh.
Objektif LSK adalah bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan serta meningkatkan pembudayaan sukan dan meningkatkan keharmonian, perpaduan dikalangan komuniti setempat. Disamping itu, ia turut menjadi platform bagi meningkatkan kemahiran sukan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.
Kejohanan ini menyaksikan pasukan Bukit Tanah Monster dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh pasukan Bukit Yong BKY A, manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Halia Bara dan pasukan TEKUN A. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.