Queina Queen Juara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Daerah Gua Musang, Layak ke Peringkat Negeri

Gua Musang, 29 Mei 2025 – Pasukan Queina Queen berjaya menampilkan aksi cemerlang dan dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang yang berlangsung di Dewan Serbaguna Balai Rakyat Bukit Cekati, 25 mei 2025 (Sabtu). Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini menghimpunkan pasukan bola jaring dari pelbagai komuniti dalam usaha memperkasakan peranan wanita dalam sukan serta mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.

Pasukan Queina Queen berjaya menewaskan saingan sengit dari beberapa pasukan hebat lain dan melangkah ke perlawanan akhir dengan penuh keyakinan. Mereka mengukuhkan kedudukan sebagai juara dengan kemenangan bergaya, sekali gus melayakkan diri untuk mewakili Daerah Gua Musang ke peringkat negeri dalam kejohanan seterusnya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Muhammad Norfikri Bin Norzaki Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang, yang turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan memuji komitmen para peserta serta penganjur dalam menjayakan kejohanan ini.

Sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat turut menyerikan suasana kejohanan, menjadikan program ini sebagai salah satu platform penting dalam merapatkan hubungan masyarakat melalui aktiviti sukan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap lebih banyak penglibatan komuniti dalam kejohanan akan datang.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search