Semangat Kita Juara Bersama Acara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 27 MEI 2025 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 telah berjaya di laksanakan pada 24 Mei 2025 bertempat di Gelanggang Futsal Bypass Pasir Puteh dengan jumlah penyertaan sebanyak 16 pasukan. Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Tok Bali Football Club dan penggerak sukan bola jaring Pasir Puteh.

Objektif LSK adalah bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan serta meningkatkan pembudayaan sukan dan meningkatkan keharmonian, perpaduan dikalangan komuniti setempat. Disamping itu, ia turut menjadi platform bagi meningkatkan kemahiran sukan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan Bukit Peraksi A telah muncul sebagai Johan manakala pasukan PUSPA Naib Johan dan tempat ketiga bersama pasukan GEGAR A dan pasukan Cherry Boom. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Pasukan Johan dan Naib Johan acara bola jaring akan mewakili daerah Pasir Puteh ke peringkat negeri nanti. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan LSK Pasir Puteh 2025.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search