Pengauditan Pengurusan Kewangan Di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 28 Mei 2025 - Unit Audit Dalam, KBS telah menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula 4 hingga 8 Mei 2025.
Tujuan pengauditan dilakukan adalah membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan, audit prestasi, audit ICT dan audit siasatan. Ketua Audit Dalam bertanggungjawab menyediakan perancangan audit untuk kelulusan Jawatankuasa Audit. Secara umumnya, Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab untuk mengkaji, menganalisa, menyiasat, menilai dan memberi pendapat, pandangan serta cadangan ke atas mana-mana aspek, aktiviti, fungsi atau operasi Jabatan. Pegawai yang terlibat dalam pengauditan ini adalah Puan Nor Aliza Syamsinar binti Shabuddin, Puan Nor Munirah binti Mohamad Aris dan Encik Mohd Hafizuddin bin Mohamad Yazid dari Unit Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search