- JBS Kelantan
- Hits: 42
Raket Diangkat Semangat Disatukan Acara Ping Pong Campuran Liga Sukan Komuniti Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 42
PASIR PUTEH, 27 MEI 2025 – Kejohanan Ping Pong Campuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 telah berlangsung dengan meriah dan semangat muhibah pada 24 Mei 2025 bertempat di Dewan Sek Men Keb Sri Aman, Pasir Puteh dengan penglibatan penyertaan sebanyak 14 pasukan. Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Tok Bali Football Club dan penggerak sukan ping pong Pasir Puteh.
Objektif LSK adalah bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan serta meningkatkan pembudayaan sukan dan meningkatkan keharmonian, perpaduan dikalangan komuniti setempat. Disamping itu, ia turut menjadi platform bagi meningkatkan kemahiran sukan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.
Pemenang Kejohanan Ping Pong Campuran LSK membawa pulang keseluruhan wang tunai sebanyak RM700.00 termasuk medal dan sijil penyampaian. Pasukan S’AMAN telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh pasukan PADUKA manakala tempat ketiga bersama dimengangi oleh pasukan BRICERA dan pasukan 656 TEAM. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Pasukan Johan dan Naib Johan acara ping pong campuran akan mara mewakili Pasir Puteh ke peringkat negeri. Semangat juang yang tinggi dari semua pemain amat membanggakan. Penyertaan kali ini membuktikan bahawa sukan menyatukan komuniti.