Chiku A Juara Kejohanan Pingpong Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang

Gua Musang, 28 Mei 2025 – Pasukan dari Chiku A telah muncul juara dalam Kejohanan Pingpong Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang yang berlangsung meriah di Dewan Komuniti PPR Gua Musang pada 24 Mei 2025.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai komuniti sekitar daerah, dengan objektif menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan mengeratkan hubungan antara penduduk setempat. Pasukan Chiku 3 menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan dengan menewaskan beberapa pasukan handalan lain sebelum menundukkan lawan mereka di peringkat akhir dengan keputusan yang meyakinkan.

Majlis penutup disempurnakan oleh En. Muhammad Norfikri Bin Norzaki Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan sukan akar umbi.

Kejohanan ini turut mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat yang hadir memberi sokongan, sekaligus menjadikan acara ini satu platform yang berjaya menyatukan masyarakat melalui sukan.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search