Bengkel TOT Program Pengurusan Organisasi (PPO) 2025

SEREMBAN, 28 MEI 2025 - Satu Bengkel Training of Trainer (TOT) Program Pengurusan Organisasi (PPO) telah berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2025 bertempat di Palm Seremban Hotel, Seremban, Negeri Sembilan anjuran Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi input, pemahaman dan persediaan kepada para pegawai yang akan bertindak sebagai fasilitator atau penceramah dalam melaksanakan PPO di peringkat negeri. Sebagai tambahan, pegawai-pegawai yang yang akan dilantik sebagai fasilitator ini merupakan pegawai-pegawai yang telah ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3.

Antara yang terpilih mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah Puan Nur Amysiah binti Yusof, Pegawai Kepimpinan Sahsiah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merangkap Pegawai Penyelaras Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Kelantan dan Puan Syazana Safra binti Md. Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Turut hadir Puan Hazmanita Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli merangkap Fasilitator Bengkel TOT PPO 2025.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search