- JBS Kelantan
- Hits: 146
KELAB BELIA BANDAR MACHANG SERTAI PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
Machang , 07 APRIL 2024 – Seramai 10 orang ahli Kelab Belia Bandar Machang telah menyertai Tadarus dan Khatam Al-Quran Sempena Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang telah diadakan pada 06 April 2024 (Sabtu) bertempat di Madinah Ramadan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Adik Nur Aina Zarina binti Ahmad Zariman dari SMK Pangkal Meleret, Machang telah menyahut cabaran dengan mewakili Daerah Machang dalam Pertandingan Cerita Pendek (Islamik) sempena program ini.
Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YABrs. En. Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 146
