- JBS Kelantan
- Hits: 41
YMM Pulai Gua Musang Adakan Lawatan Temu Mata ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang Bagi Perbincangan Program Color Run 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 41
Gua Musang, 1 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gua Musang telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Young Malaysians Movement (YMM) Pulai Gua Musang, yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, dan Penasihat pertubuhan tersebut, hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi temu mata dan perbincangan awal berkenaan cadangan kerjasama menganjurkan program Color Run 2025, yang dijangka menjadi salah satu acara belia berimpak tinggi di daerah ini.
Dalam pertemuan tersebut, YMM Pulai menyatakan hasrat untuk menjadikan Color Run 2025 sebagai platform mempromosikan gaya hidup sihat, perpaduan komuniti dan penglibatan aktif golongan belia. Pelbagai aspek dibincangkan termasuk tarikh pelaksanaan, lokasi cadangan, sasaran peserta, serta bentuk sokongan strategik yang boleh diberikan oleh PBSD Gua Musang.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, En Shahabudin bin Haji deraman, menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan kesediaan pihak pejabat untuk bekerjasama, khususnya dalam membantu aspek perancangan, promosi serta jaringan sokongan teknikal.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderahati sebagai simbol permulaan kerjasama yang erat antara YMM Pulai dan PBSD Gua Musang dalam menjayakan Color Run 2025. Pihak YMM Pulai berharap program ini dapat menarik penyertaan besar daripada masyarakat setempat dan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga Gua Musang.