Naib Pengerusi MAYC Adakan Lawatan Rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Gua Musang, 1 Jun 2025 – Naib Persiden MAYC, Tuan Ahmad Faris Bin Yusof, telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bagi meninjau serta memperkukuh kerjasama antara MAYC dan agensi kerajaan di peringkat daerah, hari ini.

Dalam sesi pertemuan tersebut, beberapa isu dan cadangan berkaitan pembangunan belia, program kesukarelawanan, serta penglibatan belia luar bandar turut dibincangkan secara terbuka dan konstruktif.

Tuan Tuan Ahmad Faris Bin Yusof dalam ucapannya menekankan pentingnya peranan pemimpin belia di peringkat akar umbi dalam memastikan aspirasi belia dapat direalisasikan sejajar dengan agenda pembangunan negara.

Lawatan ini juga membuka ruang kepada perancangan program bersama antara MAYC dan PBSD Gua Musang dalam masa terdekat, termasuk program kepimpinan, gotong-royong komuniti, dan pembangunan kemahiran belia.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search