- JBS Kelantan
- Hits: 48
Program Santai Healing Sukarelawan Belia Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 48
MACHANG, 5 JUN 2025 – Kelab Belia Bandar Machang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan Program Santai Healing Sukarelawan Belia Daerah Machang 2025 bertempat di Twin Mutiara Chalet & Homestay, Machang pada 31 Mei 2025.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi menghargai dan meraikan sukarelawan-sukarelawan belia dalam daerah Machang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mandi manda di sungai, karaoke, permainan dalam kumpulan kecil dan barbeku.
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dan Encik Shahril bin Aziz, staf dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir ke program ini. Turut hadir barisan tertinggi Sekreteriat Rakan Muda dan Jawatankuasa Sukan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang serta ahli Kelab Belia Bandar Machang dan sukarelawan-sukarelawan belia daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang