- JBS Kelantan
- Hits: 44
Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 1/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 44
MACHANG, 5 JUN 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang dan Kelab Belia Bandar Machang telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 1/2025 bertempat di Bukit Keluang, Besut, Terengganu pada 3 Jun 2025.
Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang peserta perempuan dan 30 orang peserta lelaki telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah berjalan dan mendaki sambil mengutip sampah dan aktiviti dalam kumpulan kecil.
Turut hadir pada program tersebut ialah Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan 2 orang staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang