- JBS Kelantan
- Hits: 54
Perbincangan Rakan Muzik : Dikir Barat Pasir Puteh Rangkum Usaha Melestarikan Warisan Budaya
- JBS Kelantan
- Hits: 54
PASIR PUTEH, 11 JUN 2025 – Perbincangan Program Rakan Muzik : Dikir Barat telah di adakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan di pengerusikan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada anak muda khususnya belia-belia di Pasir Puteh untuk menonjolkan bakat dan kreativiti dalam usaha memperkasakan seni warisan dikalangan generasi muda kini.
Perbincangan ini telah di hadiri oleh penggiat seni dikir barat iaitu Pak Su Agel Raja Gendang dan Ayah Kob Raja Saring yang merupakan tokoh budaya yang terkenal dalam membantu menjayakan dan melatih belia-belia yang akan menyertai program Rakan Muzik : Dikir Barat yang akan bakal dilaksanakan pada bulan Julai 2025 sebanyak tiga (3) siri.
Program ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan seni dikir barat terus relevan dan berkembang sejajar dengan arus masa yang dapat membentuk identiti masyarakat kita.